EUR/USD Berlegar Hampiri Zon $1.1200, Terendah Sejak Jun 2020

344

Terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah khususnya tumpuan pada Jerman yang diterbitkan dengan bacaan yang memberangsangkan sama sekali telah memberi pengaruh kepada matawang Euro untuk mengukuh.

Namun, pengukuhan tersebut masih tidak dapat menewaskan penguasaan matawang USD yang terus memperoleh sokongan daripada pasaran yang lebih tertarik kepada raja matawang itu akibat sentimen pasaran berisiko.

Oleh itu, pengukuhan Euro sekadar bertahan sementara pada sesi Eropah sebelum kembali suram pada dagangan bersambung ke sesi New York semalam.

Menambahkan lagi suntikan terhadap pengukuhan USD adalah susulan lonjakan garang dipamerkan oleh hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) menuju semula ke paras 1.70% serta indeks pasaran global yang suram menambah tarikan terhadap USD sebagai matawang safe-haven.

Pergerakan harga yang perlahan dipamerkan pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam (Selasa) berbanding awal minggu dengan harga kekal berlegar-legar di atas zon sokongan 1.12000 yang juga adalah zon yang menjadi tumpuan pelabur.

Tampaknya harga memapar kenaikan menghampiri 40 pips ketika memasuki ke awal sesi Eropah dalam mencapai paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebelum sedikit susut.

Corak harga masih lagi dilihat mengekalkan corak downtrend sejak daripada awal November lagi dengan jangkaan pergerakan harga mampu untuk terus junam dalam mencipta paras terendah yang terbaharu.

Ekoran daripada itu, zon sokongan 1.12000 akan kekal dijadikan sebagai tumpuan untuk diuji setelah zon berkenaan sebelum ini pernah menyokong lonjakan pada Jun 2020 yang dilihat terus merekod paras tertinggi.

Manakala menjadi sasaran yang berikutnya adalah bakal diperhatikan pada zon sokongan pada 1.11000 yang sekali gus akan membuat paras terendah terbaharu sekiranya paras 1.12000 itu berjaya ditembusi.

Sebaliknya jika pergerakan harga kembali mencatatkan kenaikan yang lebih agresif, terlebih dahulu zon SBR (support become resistance) 1.13000 bakal digapai sebelum harga dijangka mampu terus melonjak.

Kenaikan untuk isyarat awal kepada perubahan trend bakal diperhatikan jikalau harga mula menuju ke zon SBR yang berikutnya pada 1.14000 bagi menyangkal trend penurunan yang dipamer sepanjang dagangan November.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat