EUR/USD Berpotensi Capai 100 Pips Penurunan Jika USD Kekal Kukuh

869

Dagangan dolar Amerika Syarikat untuk permulaan minggu ini agak mendatar sejak sesi Asia sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah petang ini. Harga perlahan selepas pergerakan volatile yang ditunjukkan pada dagangan Jumaat lalu susulan data ekonomi tumpuan Amerika Syarikat dikeluarkan.

Pada sesi New York Jumaat lalu, USD melonjak tinggi sebaik sahaja data awal pertumbuhan GDP Amerika Syarikat untuk suku tahun pertama tahun ini yang dikeluarkan mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding bacaan suku tahun terakhir 2018.

Namun, lonjakan tersebut tidak kekal lama setelah USD kembali melemah semula selepas data indeks harga GDP untuk suku tahunan mencatatkan penurunan lebih rendah mengatasi bacaan sebelumnya dan juga jangkaan penurunan oleh pasaran.

Data yang menjadi tumpuan bank pusat itu menimbulkan kebimbangan terhadap para pelabur dan berkemungkinan akan mempengaruhi keputusan mesyuarat dasar monetari pada minggu ini.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada Jumaat, harga yang bergerak mendatar pada awalnya kemudian telah ditekan sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line untuk mencatatkan paras terendah semasa yang baru.

Namun, harga kembali melonjak semula sekitar 60 pips dari paras terendah tersebut sehingga melepasi paras resistance MagicR2 sebelum menutup dagangan minggu lalu di sekitar paras Magic Pivot pada hari tersebut.

Pergerakan harga untuk hari ini pula dilihat masih perlahan namun menunjukkan kenaikan harga menuju ke paras resistance 1.1171 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Data ekonomi di zon Eropah pada Selasa akan mempengaruhi matawang Euro dan turut mendorong pergerakan harga pada EUR/USD. Tumpuan pelabur bagi USD pada minggu ini pula terarah kepada keputusan mesyuarat FOMC dan juga laporan pekerjaan NFP di Amerika Syarikat.

Jika dagangan USD kekal lemah, harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi paras tumpuan pada 1.11800 sebelum menguji paras resistance 1.1203 (MagicR2) dan seterusnya pada resistance 1.1234 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun jika Euro kekal lemah sebaliknya USD kembali mengukuh dalam pasaran, harga akan terus mengalami penurunan mengatasi paras terendah yang dicatatkan pada minggu lalu berkemungkinan mampu mencecah sehingga ke paras sekitar support 1.1044 (MagicS3).

Penurunan tersebut juga akan mencatatkan paras terendah yang terbaru sejak Mei 2017 pada sekitar 100 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1107, 1.1077, 1.1044.

Paras resistance: 1.1171, 1.1203, 1.1234.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat