EUR/USD Berpotensi Cecah 80 PIPS Penurunan Ke Paras Support

715

Dagangan sesi pasaran Eropah petang ini dihiasi dengan data-data ekonomi pada zon Eropah. Jam 3 petang, data GDP (KDNK) di Jerman dikeluarkan dan menepati jangkaan pasaran di mana angka bacaan kekal tidak berubah pada paras sifar.

Diteruskan pula pada jam 5 petang, data tinjauan IFO perniagaan di Jerman pula sedikit membimbangkan apabila mencatatkan sedikit penurunan pada bacaan untuk bulan Februari. Dengan itu, penurunan angka tersebut merekodkan siri kejatuhan untuk kali ke enam berturut-turut sejak bacaan data November yang lalu.

Tidak terhenti disitu, tumpuan beralih pula kepada data indeks harga pengguna (CPI) yang mengukur kadar inflasi untuk bacaan bulan Januari yang dikeluarkan pada jam 6 petang. Data inflasi kekal tidak berubah di paras 1.4% seperti jangkaan dan bacaan data bulan sebelumnya.

Data inflasi teras turut kekal tidak berubah di paras 1.1% menepati jangkaan dan bacaan bulan sebelumnya.

Diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD sejak dagangan Rabu lalu, harga bergerak dalam julat sekitar 40 pips di paras resistance 1.13700 dan paras SBR (support become resistance) pada 1.13300.

Jika USD berjaya menekan harga pada chart EUR/USD, harga berkemungkinan turun sekitar 80 pips dari paras Magic Pivot 1.1339 ke paras support 1.1264 (MagicS3).

Namun, jika harga berjaya meneruskan kenaikan, paras resistance 1.13700 akan menjadi tumpuan pasaran sama ada harga mampu menembusi paras tersebut untuk ke paras lebih tinggi.

Lihat gambar chart EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda dan perhatikan juga paras tumpuan yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line yang menjadi tarikan harga.

 

 

Paras support: 1.1312, 1.1291, 1.1264.

Paras resistance: 1.1360, 1.1387, 1.1408.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat