EUR/USD Bertahan Di Paras Pariti $1.000, Mesyuarat ECB Jadi Tumpuan

258

Euro ada potensi untuk atasi USD semula minggu ini?

Tidak dinafikan terdapat faktor yang menyokong untuk pengukuhan Euro pada minggu ini sementara US dolar masih bergerak lemah pada pembukaan pasaran di awal minggu.

Pemain pasaran menjangkakan bahawa kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan oleh European Central Bank (ECB) pada mesyuarat polisi minggu ini setelah beberapa kali isyarat disampaikan oleh Presiden Christine Lagarde, dan akan faktor sokongan untuk peningkatan Euro.

Namun, ketidaktentuan isu gas melibatkan saluran paip Nord Stream 1 di Eropah dilihat akan menghadkan pergerakan positif buat Euro.

Sementara US dolar pula dijangka akan kembali mengukuh jika tumpuan pasaran terarah semula terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Ahli Fed memberi isyarat untuk kenaikan sebanyak 75 mata asas seperti mesyuarat sebelum ini, namun tidak melihatkan kenaikan sehingga 100 mata asas seperti yang telah dilaksanakan oleh bank pusat Kanada.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga memaparkan corak kenaikan semula di penghujung minggu lalu setelah mencecah ke paras terendah terbaru 20 tahun.

Pada Rabu lalu, harga telah mencecah sekitar 0.99530 sebelum kenaikan sehingga sesi terakhir minggu lalu berlegar semula di paras 1.000.

Harga bergerak perlahan di sekitar 1.000 tersebut pada pembukaan pasaran awal minggu ini setelah isyarat perubahan awal trend bullish telah dinilai pelabur pada penutupan dagangan minggu lalu.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan harga dilihat akan menguji beberapa paras tumpuan sebelum ini seperti sekitar 1.01600 dan 1.02400 sebelum menuju ke paras 1.03000 untuk pergerakan yang lebih bullish.

Namun sebaliknya jika harga menyambung penurunan semula dari paras 1.0000, paras terendah yang dicecah 0.99530 minggu lalu berkemungkinan mampu diatasi lagi.

Harga yang meneruskan penurunan akan terus memburu rekod terendah terbaru 2 tahun dengan sasaran seterusnya berkemungkinan boleh mencecah sehingga sekitar 0.98000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat