EUR/USD Capai Paras Ketinggian Baru Sejak Dagangan Mac

479

Dagangan dolar Amerika Syarikat yang masih lemah membuka peluang untuk matawang utama yang lain terus mengukuh. Terutamanya matawang anti-USD, Euro turut mengambil peluang meningkatkan dagangannya berbanding USD di mana dilihat pergerakan harga yang mencatatkan kenaikan pada carta harga EUR/USD.

Walaupun Gabenor bank pusat Eropah, Mario Draghi menyampaikan isyarat dovish dengan petunjuk beberapa lagi penurunan kadar, dagangan Euro yang lemah kembali meningkat pada penghujung dagangan minggu lalu selepas data PMI pada zon Eropah mencatatkan bacaan yang baik.

Data ekonomi yang menyokong dagangan Euro tersebut berjaya mengatasi kenaikan berbanding USD yang terbeban oleh isyarat penurunan kadar oleh Federal Reserve untuk mesyuarat dasar monetari yang akan datang.

Sementara itu juga, USD kekal lemah untuk permulaan dagangan minggu ini berikutan pelabur berwaspada menantikan perkemabangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang dilaporkan akan diteruskan pada minggu ini di persidangan para pemimpin negara G20 di Osaka, Jepun.

Namun, penganalisis melihat peluang untuk dua ekonomi gergasi dunia itu mencapai persetujuan rundingan adalah tipis.

Lonjakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD telah mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Mac lalu selepas berjaya breakout zon resistance sebelum ini sekitar 1.13500.

Permulaan dagangan pada EUR/USD sejak sesi Asia pagi ini kekal tinggi berbanding penutupan harga pada penghujung minggu lalu walaupun pergerakan harga mendatar.

Berkemungkinan harga akan sedikit menurun ke paras Magic Pivot 1.1344 pada indicator Moshed Magic Line hari ini untuk menguji zon RBS (resistance become support) yang juga merupakan paras ketinggian harga sebelum ini yang telah berjaya ditembusi harga.

Harga kemudian dijangka akan kembali meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dan berpotensi mencatatkan paras ketinggian yang baru di sekitar paras tumpuan 1.15000 juga paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun jika harga terus turun lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 1.1308 (MagicS1) yang berada pada zon RBS.

Penurun lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras serendah support 1.1213 (MagicS3) yang turut dilihat sebagai paras tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1308, 1.1249, 1.1213.

Paras resistance: 1.1404, 1.1439, 1.1499.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat