EUR/USD Capai Paras Tertinggi Terbaru 9 Minggu

300

US dolar kembali pamerkan peningkatan semula dari paras terendah 9 minggu disokong lonjakan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) selepas kerajaan melaporkan pertumbuhan kukuh ekonomi AS untuk suku pertama dan perkembangan positif pada laporan tuntutan pengangguran terbaru untuk minggu lalu.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku pertama tahun 2021 mencatatkan pertumbuhan pada kadar 6.4% lebih tinggi berbanding angka sebelum ini pada 4.3%. Pertumbuhan tersebut juga dilaporkan kedua terpantas sejak suku ketiga 2003.

Laporan tersebut telah kembali mengimbangi penyusutan US dolar sebelumnya ekoran reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC. Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell melenyapkan spekulasi untuk tindakan awal pengurangan pembelian bon oleh bank pusat.

Sesi Eropah pada Jumaat akan tertumpu pula pada laporan KDNK zon Eropah untuk suku pertama yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang Euro.

Berbeza berbanding AS yang melihatkan pertumbuhan 3 suku berturut-turut, ekonomi Eropah pula dijangka akan mengalami penurunan untuk 2 suku berturut-turut.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah melonjak dari zon RBS (resistance become support) 1.20600 sehingga menyentuh paras 1.21500 pada zon rintangan terbaru.

Kenaikan tersebut juga adalah tertinggi 9 minggu mengekalkan pergerakan trend bullish selama 4 minggu berturut-turut.

Selepas mencapai paras ketinggian terbaru itu, harga susut semula berikutan pengukuhan US dolar selepas laporan GDP AS.

Namun, harga dilihat masih bergerak dalam trend bullish dan berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Jika harga jatuh di bawah paras MA50, zon RBS 1.20600 akan kembali diuji. Penurunan di bawah zon tersebut akan memberi isyarat perubahan trend bearish untuk pelabur.

Harga kemudiannya dilihat akan menuju semula ke zon RBS tumpuan sebelum ini pada 1.20000.

Sebaliknya, jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan bakal menguji zon rintangan 1.21500-1.21800 untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru sebelum menutup dagangan pada minggu ini.

Kenaikan yang diteruskan dilihat bakal menuju pula ke paras sekitar 1.22500 yang menjadi zon rintangan pada dagangan Februari lalu.

Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat