EUR/USD Catat Paras Ketinggian Terbaru Lagi, Harga Kembali Uji Paras RBS 1.13700

595

Matawang Euro berjaya didagangkan mengukuh pada sesi pasaran Eropah petang semalam berbanding USD di mana pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD telah melonjak mencatatkan paras ketinggian yang terbaru untuk dagangan bulan Februari.

Pelabur masih melihat dagangan Euro sebagai berisko ekoran pertumbuhan pada zon Ekonomi yang masih membimbangkan.

Harga yang membuat kenaikan tersebut telah mencapai paras ketinggian menyentuh resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line.

Namun, bersambung pada sesi pasaran New York pula, data GDP di Amerika Syarikat yang dikeluarkan telah mencatatkan bacaan yang positif mengatasi jangkaan penurunan. Susulan itu, USD kembali mengukuh dan menekan semula harga pada chart EUR/USD sehingga harga turun lebih rendah dari paras Magic Pivot semalam sebelum menguji paras RBS (resistance become support) pada 1.13700.

Dagangan bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini melihatkan harga bergerak mendatar di paras RBS 1.13700 dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini.

Tumpuan untuk USD hari ini adalah kepada data PMI perkilangan tinjauan ISM di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam nanti dan akan memacu pergerakan harga pada sesi pasaran New York malam ini.

Sekiranya harga turun ke paras lebih rendah, jangkaan destinasi tumpuan harga berkemungkinan ke paras RBS 1.13300 atau lebih rendah lagi di paras 1.13000. Penurunan lebih rendah yang masih diteruskan harga bakal menguji zon support di sekitar 1.12700.

Namun jika harga berjaya menyambung lonjakan semalam, harga berpotensi mencecah sehingga 100 pips kenaikan melepasi ketiga-tiga paras resistance pada indicator Moshed Magic Line sebelum mencatatkan paras ketinggian yang baru sekitar zon resistance 1.14700.

Lihat gambar chart EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line dan lihat sendiri reaksi harga pada paras-paras tersebut.

Paras support: 1.1344, 1.1321, 1.1283.

Paras resistance: 1.1405, 1.1442, 1.1466.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat