EUR/USD Dah Mula Turun, Namun Adakah Harga Akan Melonjak Semula?

1,065

Sesi pasaran Eropah pada Selasa menyaksikan pengukuhan awal US dolar setelah bergerak lemah sejak minggu lalu sehingga bersambung pada pembukaan dagangan awal minggu semalam.

Ini didorong oleh sentimen pasaran saham Asia yang lemah pada hari ini. Namun pengukuhan US dolar dilihat bersifat sementara dengan jangkaan pergerakan harga akan kembali lemah.

Tumpuan masih terarah pada kebimbangan peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) serta kewaspadaan pelabur menjelang keputusan mesyuarat FOMC.

Matawang Euro pula dilihat sedikit terkesan selepas European Central Bank (ECB) mengarahkan bank-bank Eropah untuk bekukan pembayaran dividen untuk sementara waktu dan tidak membeli semula saham sehingga Januari 2021.

Jika dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga telah membuat kenaikan ke paras ketinggian 1.17800 dicapai semalam.

Kenaikan sekitar 140 pips tersebut terus menyaksikan trend kenaikan harga berjaya dikekalkan sejak minggu lalu.

Penurunan harga pada sesi Eropah hari ini akan dinilai apabila harga menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD.

Kenaikan harga dijangka akan diteruskan melepasi paras resistance pada ketinggian 1.17800 semalam.

Kenaikan harga lebih tinggi melepasi resistance tersebut bakal dilihat akan menuju paras ketinggian terbaru sejak Jun 2018 sekitar paras 1.18500.

Namun jika harga meneruskan penurunan sehingga ke bawah paras sokongan dinamik MA50, pelabur akan bersedia untuk perubahan trend bearish harga.

Penurunan lebih rendah diramalkan menuju zon tumpuan pada 1.16000 sebelum ke zon RBS (resistance become support) pada sekitar 1.14400.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat