EUR/USD Daki Ke Puncak Lagi, Namun Perlu Hati-Hati

598

US dolar kembali pamerkan penyusutan nilai dagangannya berikutan pasaran kembali optimis terhadap pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bakal dipersetujui dalam masa terdekat dan berharap dapat dilaksanakan sebelum pilihan raya Presiden.

Dilaporkan White House dan Demokrat semakin hampir mencapai persetujuan setelah Presiden Donald Trump turut menyatakan kesediaan untuk menerima nilai bantuan yang lebih besar walaupun tidak disenangi oleh Parti Rebulik beliau sendiri.

Penyusutan US dolar telah memberi ruang kembali untuk matawang utama yang lain didagangkan meningkat dalam pasaran.

Seperti matawang Euro, peningkatan dilihat agak ketara walaupun pelabur masih melihat matawang tersebut bakal berdepan risiko penurunan semula ekoran faktor peningkatan kes jangkitan Coronavirus di Eropah sehingga mendorong lebih banyak kawasan diadakan sekatan pergerakan.

Secara perbandingan, matawang Euro telah meningkat ke paras tertinggi 1 bulan berbanding US dolar seperti yang dipaparkan pada pergerakan di carta pasangan EUR/USD.

Setelah harga melonjak ke zon SBR (support become resistance) 1.18000 di awal minggu, kenaikan telah diteruskan pada dagangan semalam dan melepasi paras ketinggian minggu lalu mencapai paras ketinggian baru pada 1.18400.

Berdasarkan perkembangan positif pakej rangsangan ekonomi AS yang melemahkan dagangan US dolar, momentum kenaikan harga pada carta EUR/USD dijangka akan dikekalkan untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi pada sesi-sesi berikutnya.

Kenaikan seterusnya dilihat akan menguji semula zon resistance pada 1.19000 untuk harga merekodkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.

Namun, jika keputusan perbincangan pakej rangsangan menghampakan, harga bakal menjunam semula ditekan oleh pengukuhan semula US dolar.

Zon-zon harga yang perlu diberi tumpuan pada penurunan harga adalah pada 1.18000, zon RBS (resistance become support) 1.17200 dan juga 1.16100.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat