EUR/USD Dijangka Teruskan Trend Penurunan Di Awal Minggu

656

Pelabur disajikan dengan momentum pengukuhan US dolar pada penghujung minggu lalu dengan mata wang Amerika Syarikat (AS) tersebut mengukuh semula berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Indeks-indeks utama pasaran Wall Street mengalami kerugian dan memberikan isyarat sebagai sentimen pasaran yang berisiko sekaligus menyokong pengukuhan US dolar sebagai mata wang safe-haven.

US dolar juga bakal disokong oleh sentimen pakej bantuan $1.9 trilion yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat di mana akan menyokong lonjakan pada pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan harga pada minggu lalu mencapai paras ketinggian 1.22400 sebelum harga menjunam drastik semula sehingga jatuh di bawah paras 1.21000.

Pada sesi New York sebelum dagangan minggu lalu berakhir, harga telah menjunam sehingga ke zon sokongan pada 1.20600.

Menyambung dagangan pada pembukaan minggu ini di sesi Asia, harga sedikit meningkat namun perlahan semula selepas tidak berjaya melepasi paras 1.21000.

Dengan trend bearish yang dipaparkan, pelabur akan menjangkakan kejatuhan lebih rendah harga pada carta EUR/USD pada minggu ini.

Penurunan lebih rendah harga dilihat akan menuju ke paras support pada 1.20000.

Sebaliknya, jika berlaku kenaikan semula harga, zon rintangan pada 1.21500-1.21800 akan kembali diuji begitu juga paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Dengan isyarat perubahan semula kepada trend bullish, harga bakal melonjak semula ke paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu.

Pelabur akan berwaspada untuk dagangan US dolar khususnya menuju ke penghujung minggu menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang akan menjadi data tumpuan utama pelabur.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat