EUR/USD Dijangka Turun Menuju Ke Zon Harga 1.2000?

712

US dolar kembali pamerkan pengukuhan semula pada permulaan dagangan minggu ini susulan beberapa faktor yang memberi tekanan terhadap pasaran dan meningkatkan permintaan terhadap aset safe-haven semula.

Selain isu Brexit, kebimbangan pelabur kembali disuntik oleh ketegangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China dengan laporan AS bakal mengenakan sekatan ke atas beberapa pegawai China dan membuatkan Beijing akan bertindak balas.

Selain itu juga, perkembangan pakej rangsangan ekonomi AS masih suram sementara kes jangkitan Coronavirus di AS dilaporkan terus meningkat.

Seperti yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD semalam, harga telah membuat penurunan di awal minggu selepas menyambung penurunan harga ketika penghujung sesi dagangan minggu lalu.

Pada minggu lalu harga telah mencapai paras ketinggian pada 1.21800, tertinggi sejak April 2018. Namun paras tersebut dilihat menjadi rintangan untuk harga teruskan kenaikan.

Setelah penurunan harga semalam ke paras 1.20900, harga kembali melonjak semula hampir ke paras 1.21700 namun sebelum mencapai paras resistance minggu lalu, harga kembali menutup dagangan lebih rendah semula.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) juga turut memberi isyarat untuk penurunan harga namun pelabur menantikan petunjuk yang lebih jelas.

Jika penurunan harga berjaya diteruskan sehingga melepasi paras 1.20900, pelabur akan menantikan pembetulan harga semula di zon tersebut untuk posisi jualan dengan jangkaan penurunan lebih rendah akan berlaku.

Seterusnya, sasaran penurunan dijangkakan kembali semula pada zon RBS (resistance become support) pada 1.20000.

Namun jika harga berjaya melonjak dan menembusi resistance minggu lalu, harga akan terus merekodkan paras tertinggi dagangan untuk tempoh lebih 2 tahun.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat