EUR/USD Gagal Tembusi Resistance 1.1400 Sebelum Membuat Penurunan Pada Permulaan Dagangan Minggu Ini

674

Matwang dolar USD masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan walaupun komen oleh Presiden Donald Trump pada Sabtu lalu bakal memberikan kebimbangan terhadap pasaran. Trump kembali mengkritik tindakan bank pusat yang akan menyumbang kepada pengukuhan nilai USD di mana akan menjejaskan aktiviti perdagangan antara Amerika Syarikat bersama rakan dagang yang lain.

USD pada minggu lalu mencatatkan peningkatan pada nilai dagangannya serta mengukuh berbanding matawang utama yang lain. Namun, komen negatif daripada Trump pada Sabtu lalu telah meninggalkan perbezaan jarak (gap) pada pembukaan harga bagi sesi pasaran Asia permulaan minggu ini pada pasangan matawang utama yang dipadankan bersama dolar AS.

Sementara itu, matawang Euro pula masih belum mendapat rentak untuk mengukuh dalam pasaran semasa berikutan masih berdepan risiko pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah.

Pada minggu ini pula, tumpuan pelabur akan terarah kepada penetapan kadar faedah oleh European Central Bank (ECB) pada Khamis nanti. Pasaran menjangkakan bank pusat akan mengemaskini penurunan unjuran ekonomi dan bakal menambahkan lagi risiko terhadap dagangan Euro.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD pada Jumaat lalu, harga membuat kenaikan menguji paras resistance 1.1400 namun gagal menembusi paras tersebut yang telah diuji beberapa kali sepanjang minggu sebelum kembali membuat penurunan.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat terus menyambung penurunan dari paras Magic Pivot 1.1374 yang berada pada zon RBS (resistance become support) dan kemudiannya telah turun menguji paras support 1.1340 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line setakat jam 5.30 petang pada sesi pasaran Eropah hari ini.

Penurunan yang diteruskan berkemungkinan akan menguji zon RBS 1.13300 sebelum turun lebih rendah melepasi paras support 1.1319 (MagicS2) menuju ke paras tumpuan harga sekitar 1.1300.

Namun, jika harga berjaya melonjak semula sehingga mencecah paras resistance tertinggi pada indicator Moshed Magic Line di paras 1.1451 (MagicR3), kenaikan harga boleh mencapai 100 pips pergerakan harga atau lebih.

Lihat gambar chart EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda dan padankan bersama paras tumpuan harga pada indicator Moshed Magic Line untuk mencari peluang posisi dagangan terbaik pada EUR/USD.

Paras support: 1.1340, 1.1319, 1.1285.

Paras resistance: 1.1395, 1.1429, 1.1451.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat