EUR/USD Gagal Teruskan Penurunan Ekoran Sentimen Rundingan AS-China Dagang Berisiko

328

Dengan perkembangan perlahan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China dalam usaha untuk memeterai perjanjian, pelabur berwaspada terhadap isu-isu semasa yang berpotensi mengancam kelancaran usaha untuk dua negara besar tersebut mencapai perjanjian.

Tumpuan kini terarah pada ancaman tindak balas oleh pihak China berikutan tindakan Amerika Syarikat menandatangani rang undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong.

Walaupun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan niat baik beliau yang menghormati Presiden Xi Jinping untuk membantu mendamaikan negara bergolak tersebut, China menegaskan untuk Amerika tidak masuk campur hal ehwal dalaman negara mereka.

Faktor-faktor sebegini menjejaskan dagangan dolar USD untuk terus mengekalkan pengukuhan setelah data ekonomi pada minggu ini menyokong matawang Amerika tersebut.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD lebih mendatar sepanjang minggu ini.

Penurunan terendah mingguan gagal melepasi paras 1.09900 yang menjadi zon support bagi dagangan November.

Pada dagangan Khamis semalam, harga membuat kenaikan yang lemah ke paras zon SBR (support become resistance) pada ketinggian 1.10160 sebelum kembali turun semula ke paras tumpuan pada 1.10000.

Harga kemudian terus bergerak perlahan berlegar pada garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sehingga sesi pasaran New York berakhir.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga kekal bergerak perlahan namun berjaya melepasi garisan MA50 dan mendatar di sekitar paras 1.10100.

Jika penurunan harga terus berlaku, harga akan menguji zon support di paras 1.09900 dan bakal meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah bulanan terbaru dan menguji semula zon support pada dagangan Oktober lalu.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, kenaikan lebih tinggi harga dijangka akan menuju ke paras sekitar 1.10400.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat