EUR/USD Ganas! Papar Lonjakan Ke Paras Tumpuan 1.13500

256

Kenyataan hawkish daripada Federal Reserve (Fed) di mesyuarat FOMC sebelum ini tampaknya gagal untuk terus pengaruhi matawang USD kembali mencatat pengukuhan pada penghujung minggu lalu.

Yakni pengukuhan itu terbantut akibat sentimen pasaran risk-on berikutan terdapat beberapa kajian pakar yang menyatakan bahawa jangkitan Omicron jauh lebih rendah serta terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Secara tidak langsung ia telah membuatkan permintaan kepada USD sedikit berkurang dan penerbitan indeks perbelanjaan peribadi pengguna AS pada sesi New York malam ini pula akan menjadi tumpuan pelabur.

Harga pada carta pasangan matawang EUR/USD nampaknya telah pun menampilkan kejutan dengan membuat kenaikan harian melebihi 70 pips untuk kembali didagangkan di atas zon tumpuan 1.13000.

Turut dilihat bahawa pergerakan harga seakan ingin menguji paras rintangan bagi bulan Disember ini sekitar 1.13500 dan harga telah pun kekal menyambung kenaikan pada awal sesi Asia hari ini (Khamis).

Indikasi untuk pelabur melihat trend bullish yang lebih utuh lagi terus kelihatan selaras dengan harga masih kekal didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Paras rintangan 1.13500 akan terus kekal menjadi tumpuan untuk diuji serta akan dinilai oleh pelabur setelah sejak kebelakangan ini paras tersebut sering kali mengekang kenaikan harga yang lebih tinggi.

Sekiranya pergerakan harga berdaya untuk menembusi paras rintangan itu, sama sekali mungkin akan memacu harga dalam mempamer isyarat bullish yang jelas dan dijangka bakal menuju ke zon 1.14000.

Namun sebaliknya paras sokongan sekitar 1.12650 akan terus dijadikan sebagai paras paling penting untuk dijejaki terlebih dahulu andai kata harga kembali membuat penurunan untuk kekal mendatar.

Reaksi harga pada paras berkenaan bakal dinilai oleh pelabur susulan ia kerap menyokong kenaikan harga sepanjang dagangan Disember sebelum kemungkinan akan mencecah ke zon sokongan 1.12000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat