EUR/USD Jatuh 700 Pip Sejak Bulan Lalu, Kenapa Ini Terjadi?

1,143

Pair EUR/USD kini berhadapan dengan tekanan dengan membuat kejatuhan yang jelas sejak pertengahan bulan April. Setakat ini EUR/USD telah jatuh lebih dari 700 pip sejak lebih sebulan yang lalu. Hari ini saja matawang Euro jatuh 100 pip berbanding US dollar dengan data terbaru indeks PMI merekodkan bacaan terendah sejak 18 bulan yang lalu.

Apa sebab kejatuhan EUR/USD sehingga 700 pip?

#1 Data-data ekonomi meleset daripada jangkaan

Data PMI sektor ekonomi Zon-Eropah bukanlah satu-satunya sebab kepada kejatuhan matawang Euro, tetapi data-data yang lain juga menunjukkan tanda bahawa ekonomi di blok tersebut semakin perlahan. Selain itu, data inflasi CPI juga semakin merosot dan terbaru bacaan jatuh ke paras 1.2% dari 1.5% yang dicatat pada Disember 2017.

#2 Keadaan politik Itali

Selepas pilihanraya, Itali masih lagi belum mempunyai satu kerajaan yang baru. Presiden Sergio Matarrela akan memutuskan pada esok hari sama ada akan mengangkat Giuseppe Conte sebagai Perdana Menteri. Sejak beberapa bulan yang lalu, politik Itali berada dalam ketidaktentuan apabila tiada parti yang menang selesa dalam pilihanraya sebelum ini. Beberapa siri rundingan antara parti-parti yang bertanding telah dijalankan, tetapi masih belum menemui kata sepakat.

Beberapa pemimpin yang dicadangkan sebagai Perdana Menteri dilihat tidak mempunyai pengalaman politik yang mencukupi sekaligus memberi risiko kepada pasaran. Antaranya adalah Luigi Di Maio pemimpin parti 5-star movement yang juga baru berumur 31 tahun.

#3 Ketidakpastian oleh Presiden Trump

Polisi perdagangan Trump yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu telah banyak menyebabkan ketakpastian (uncertainty) dalam pasaran sehingga menyebabkan pasaran saham global tertekan sejak akhir-akhir ini. Terbaru rundingan dagangan AS-China yang dianggap tidak berjalan dengan baik juga memberi risiko tambahan kepada pasaran dengan pasaran masih cuba berteka-teki bilakah perkara ini akan selesai?

Perkembangan terbaru tentang Korea Utara yang mungkin menarik diri daripada rundingan dengan Amerika juga menjadi perhatian pasaran. Trump dalam komen terbarunya menjangka pertemuan dengan Jong-Un pada 12 Jun mungkin tidak akan berlaku.

Kesemua ketakpastian ini biasanya akan menyebabkan Yen menguat, dan seterusnya US dollar dapat manfaat yang juga dianggap sebagai safe-haven. Hal ini menjadikan matawang seperti Euro sebagai matawang kedua paling cair di belakang US dollar turut tertekan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat