EUR/USD Jatuh Disebabkan Kenyataan Dovish ECB Dalam Minit Mesyuarat

644

Matawang Euro kini tertekan selepas minit mesyuarat ECB dikeluarkan pada pukul 7.30 malam pada Khamis. Euro bukan sahaja melemah berbanding US dollar, tetapi juga melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain.

EUR/USD setakat ini jatuh 0.49%, EUR/NZD jatuh 0.62%, EUR/GBP jatuh  0.57% dan EUR/AUD jatuh 0.40%.

Bank pusat Eropah (ECB) menunjukkan bahawa kenyataan mereka dalam polisi monetari sebelum ini tidak patut disalah anggap. “Perubahan kepada perkataan itu tidak patut disalah anggap sebagai satu perubahan arah polisi monetari.

Presiden ECB, Mario Draghi juga telah menjelaskan perkara ini dalam sidang media bulan lalu. Kini, penegasan yang diberikan oleh ECB dalam minit mesyuarat telah menyebabkan matawang Euro pada awal sesi New York hari ini terus tertekan.

Bukan itu sahaja, ECB juga mengutarakan kebimbangan mereka terhadap perang perdagangan dengan Amerika Syarikat dan juga menunjukkan potensi kesan negatif kepada kekuatan matawang Euro.

“Pergerakan terbaru matawang Euro lebih banyak berkait dengan kejutan polisi monetari, termasuk komunikasi, dan kurang kepada perkembangan ekonomi secara makro.”

“Hal ini menunjukkan kenaikan kadar tukaran berkemungkinan memberi kesan negatif kepada inflasi.”

Jelas di sini keseluruhan minit mesyuarat ECB pada bulan lalu dinilai sebagai dovish yang telah menyebabkan matawang Euro jatuh pada Khamis.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat