EUR/USD Jatuh Lagi, Sasaran Seterusnya Pada $1.8000?

417

US dolar terus mengukuh ke paras tertinggi 3 bulan berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran disokong oleh peningkatan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan untuk pemulihan ekonomi yang pantas daripada pandemik di AS.

Pelabur juga optimis susulan berita yang dilaporkan pada hujung minggu berkenaan kelulusan pakej rangsangan Joe Biden yang bernilai $1.9 trilion oleh Senat AS selepas terdapat beberapa perubahan.

Federal Reserve (Fed) juga telah mengumumkan untuk program perlindungan pendapatan PPPLF akan dilanjutkan 3 bulan lagi sehingga 30 Jun 2021.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD kekal meneruskan penurunan dengan situasi pengukuhan US dolar yang berterusan sehingga awal minggu ini.

Mata wang Euro terus mengalami tekanan dengan melihatkan harga terus jatuh lebih rendah di bawah paras support 1.19000 sebelum ini.

Memberi tekanan kepada Euro di awal minggu apabila data pengeluaran perindustrian Jerman untuk bulan Januari yang diterbitkan dengan angka yang merosot lebih rendah berbanding jangkaan penurunan.

Selain data-data ekonomi Eropah yang diterbitkan pada hari ini akan menjadi tumpuan, pelabur juga berwaspada untuk dagangan Euro menjelang keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis.

Pelabur akan kekal melihat isyarat trend bearish harga selagi harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan masih diteruskan sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Asia pada Selasa walaupun momentum pergerakan harga perlahan.

Jangkaan penurunan harga akan menuju zon tumpuan pada 1.18000 yang sebelum ini menjadi paras sokongan pada dagangan September 2020.

Sekiranya harga berjaya melonjak semula di atas paras 1.19000 dan melepasi halangan MA50, berkemungkinan trend harga mula berubah untuk harga bergerak lebih tinggi.

Kenaikan harga seterusnya akan kembali menuju zon SBR (support become resistance) 1.2000 dan zon tumpuan minggu lalu pada sekitar 1.20900.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat