EUR/USD Junam Di Sesi Asia, Trend Penurunan Harga Untuk Minggu Ini?

482

Pergerakan drastik harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada sesi Asia untuk pembukaan dagangan minggu ini membuatkan pelabur lebih berwaspada terhadap situasi perubahan trend berbanding minggu lalu.

US dolar pamer pengukuhan pada awal minggu dengan faktor kebimbangan pasaran ekoran laporan varian baru Coronavirus sehingga menyebabkan banyak negara memperketatkan kawalan pergerakan.

Kebimbangan tersebut juga telah menenggelamkan sentimen positif pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bernilai $900 bilion telah diluluskan.

Sekitar 20 pips jarak (gap) pembukaan harga dilihat pada sesi Asia hari ini sekitar paras 1.22250 berbanding penutupan dagangan minggu lalu sekitar 1.22500.

Corak penurunan harga juga mula dipaparkan di samping pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) semakin memberi petunjuk untuk trend bearish harga pada minggu ini.

Setakat jam 11 pagi waktu tempatan, harga pada carta EUR/USD telah membuat penurunan agak ketara lebih 50 pips ke paras 1.21800.

Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon RBS (resistance become support) tersebut yang sebelum ini turut menjadi zon tumpuan harga.

Penurunan lebih rendah harga yang berjaya menembusi zon tersebut akan mendorong harga menuju pula ke zon RBS lebih rendah di bawah paras 1.20900.

Namun jika harga kembali melonjak, paras tumpuan pada 1.22500 akan kembali diuji begitu juga paras halangan MA50 untuk isyarat trend semasa harga.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras resistance minggu lalu sekitar 1.22700 sebelum lonjakan harga seterusnya akan menuju ke paras tumpuan 1.23000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat