EUR/USD Junam Semula Selepas Data NFP AS Diterbitkan Kukuh

210

Terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu telah menyaksikan pengukuhan ketara mata wang US dolar untuk dagangan sesi terakhir minggu tersebut.

Pertambahan pekerjaan AS pada Julai meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan, tertinggi sejak bacaan Februari lalu.

Sementara kadar pengangguran AS catatkan penurunan dan purata pendapatan pula meningkat mengatasi jangkaan penurunan dan bacaan bulan Jun.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah pamerkan terjunan hampir 100 pips ketika data NFP diterbitkan.

Harga yang pada mulanya berlegar di paras rintangan 1.02400 selepas kenaikan harga pada hari sebelumnya tersangkut di sekitar tersebut, harga kemudiannya menjunam sehingga menguji kembali paras sokongan pada 1.01600.

Masih berjaya membendung kejatuhan harga, paras 1.01600 sekali lagi melantun dan mendatar di atas paras tersebut sehingga dagangan minggu tersebut berakhir.

Pelabur menilai isyarat perubahan trend bearish selepas harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, namun pada sesi Asia pembukaan awal minggu harga masih berlegar di sekitar 1.01600.

Sekiranya harga mula menunjukkan petanda untuk menyambung penurunan, harga yang susut di bawah paras sokongan 1.01600 dijangkakan untuk menuju pula ke paras 1.01000 di zon RBS (resistance become support) tersebut.

Sebaliknya, jika harga paparkan lonjakan semula pada dagangan awal minggu ini, rintangan pada 1.02400 akan kembali diuji sebelum harga menyambung kenaikan ke paras 1.03000 pula.

Meneruskan pergerakan trend bullish dan melepasi rintangan-rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu dengan sasaran untuk mencapai paras 1.04000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat