EUR/USD Kekal Dalam Zon Mendatar, Rintangan $1.0240 Diuji

194

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat terus berada dalam zon mendatar sejak beberapa minggu lalu.

Pada Jumaat lalu, terdapat kenaikan harga menguji paras rintangan pada 1.02400 sebelum penurunan berlaku semula di sesi Eropah hingga ke paras sokongan 1.01600.

Namun menutup dagangan sesi terakhir minggu tersebut, harga melantun semula dan mengakhiri dagangan sekitar 1.02200.

Pelabur akan memberi tumpuan terhadap pergerakan US dolar pada minggu ini menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) setelah pergerakan suram raja mata wang itu untuk beberapa minggu ini sejak mesyuarat FOMC.

Mata wang Euro pula diramalkan kekal suram ekoran terpalit isu krisis tenaga melibatkan Eropah dan Rusia, walaupun Euro disokong oleh langkah pengetatan dasar monetari bank pusat Eropah (ECB).

Menyambung pembukaan pasaran awal minggu ini, harga pada carta EUR/USD perlahan dan sedikit meningkat ke paras 1.02400 menguji sekali lagi rintangan tersebut di awal minggu ini.

Pergerakan harga yang dilihat berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi isyarat untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Sekiranya kenaikan diteruskan, harga dijangka untuk melepasi rintangan pada zon hingga 1.03000 sebelum melanjutkan pergerakan bullish tersebut.

Kenaikan lebih tinggi bakal mensasarkan pada ketinggian 1.04000 untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Sebaliknya jika paparkan corak penurunan pula, paras sokongan pada 1.01600 akan menjadi tumpuan untuk diuji sebelum penurunan yang diteruskan dilihat akan mencecah paras 1.0100 pula.

Melepasi zon RBS (resistance become support) tersebut akan menjangkakan penurunan lebih rendah untuk menuju zon support utama pada 1.0000.

Data tinjauan ISM sektor pembuatan AS akan diteliti pelabur pada sesi New York malam ini yang dilihat bakal mempengaruhi US dolar dan pergerakan pada carta harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat