EUR/USD Kekal Teruskan Kenaikan Menjelang Mesyuarat Polisi ECB

922

Matawang Euro kekal meneruskan kenaikan pada dagangan Rabu mencatatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan pada carta harga pasangan matawang EUR/USD.

Pengukuhan Euro terus disokong oleh penyusutan nilai dagangan US dolar dalam pasaran dengan harapan pemulihan ekonomi meskipun berdepan risiko rusuhan di Amerika Syarikat.

Data ekonomi pada sesi Eropah melihatkan peningkatan pada bacaan data walaupun masih di paras yang rendah khususnya PMI perkhidmatan di Sepanyol, Itali dan Jerman.

Terdapat laporan terbaru bahawan Jerman bercadang untuk melonggarkan sekatan perjalanan untuk negara anggota Kesatuan Eropah (EU) bermula 15 Jun termasuk UK, Switzerland Iceland dan Norway.

Dagangan pada carta EUR/USD semalam mencatatkan kenaikan sekitar 80 pips hampir ke paras 1.12000 di zon resistance tersebut.

Harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD menunjukkan trend kekal bullish.

Harga meneruskan kenaikan pada hari ini melepasi paras ketinggian 1.12000 sehingga ke paras sekitar 1.12280 dan turun menguji semula paras 1.12000.

Harga dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga ke paras ketinggian 1.13000 untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Namun, pelabur dijangka akan berwaspada menjelang mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis dan akan menghadkan pengukuhan Euro.

Jika penurunan harga berlaku, harga yang turun lebih rendah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) akan menguji paras tumpuan sekitar 1.11000.

Perubahan trend bearish harga dijangka akan meneruskan penurunan lebih rendah menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.10000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat