EUR/USD Kekalkan Kenaikan Pada Sesi Asia Selepas Melonjak 70 Pips Sesi Sebelumnya

263

Seperti yang dijangkakan pasaran, Federal Reserve (Fed) telah menurunkan kadar faedah kali ketiga untuk tahun ini kepada 1.75%.

Dengan itu, matawang dolar USD telah mengalami susut nilai berbanding matawang utama yang lain susulan keputusan mesyuarat FOMC tersebut.

Menurut kenyataan susulan oleh Gabenor Fed, Jerome Powell selepas keputusan penetapan kadar faedah awal pagi tadi, tindakan penurunan kadar adalah bersesuaian dengan keadaan risiko global yang membimbangkan namun meyakinkan bahawa ekonomi akan berkembang semula dengan kadar sederhana untuk masa akan datang.

Sebelum itu, pada sesi dagangan New York semalam, laporan data pekerjaan ADP NFP untuk sektor swasta di Amerika Syarikat diterbitkan dengan angka pertambahan yang positif sebelum menyusul data pertumbuhan GDP AS untuk suku ketiga yang berjaya mengatasi jangkaan pasaran.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, susulan keputusan mesyuarat FOMC diumumkan, harga membuat tekanan ke paras rendah melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sehingga mencecah ke paras 1.10800.

Kemudian harga melonjak lebih 70 pips mencapai paras ketinggian pada 1.11500. Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, momentum pengukuhan masih dikekalkan dengan harga meneruskan kenaikan menuju zon resistance 1.11800.

Dengan kebimbangan pelabur menantikan laporan pekerjaan NFP AS yang kebiasaannya memberi impak besar terhadap pergerakan harga, dagangan USD dijangka akan kekal lemah sehingga penghujung minggu.

Dengan itu, harga berpotensi membuatkan kenaikan melepasi paras resistance 1.11800 sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru harga pada EUR/USD.

Namun, jika paras resistance yang diuji gagal ditembusi sebaliknya harga kembali membuat penurunan, paras 1.11400 antara destinasi awal yang akan dituju harga sebelum meneruskan penurunan lebih rendah berkemungkinan ke paras 1.11000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat