EUR/USD Kekalkan Siri Penurunan Harga Sepanjang Minggu

359

Sentimen pasaran sedikit reda selepas kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump awal pagi ini tidak memberi isyarat untuk melancarkan serangan balas terhadap Iran.

Sebaliknya, beliau mahukan tindakan sekatan ekonomi dilaksanakan ke atas Iran dan turut menyeru negara-negara besar dunia yang lain menyokong pelaksanaan tersebut.

Sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini kembali reda dan matawang US dolar turut mempamerkan kembali pengukuhan pada carta pergerakan harga.

Berbanding dolar Euro, US dolar berjaya mengukuh dengan pergerakan menurun harga dipamerkan pada carta EUR/USD semalam. Pengukuhan USD turut didorong data ADP NFP yang melonjak berbanding jangkaan.

Sementara, data ekonomi zon Eropah tidak begitu memberangsangkan dengan data pesanan kilang di Jerman dan imbangan dagangan Perancis yang merosot pada terbitan sesi Eropah semalam.

Untuk data hari ini, pengeluaran perindustrian di Jerman adalah baik, namun imbangan dagangan Jerman sebaliknya merosot. Bacaan data kadar pengangguran zon Eropah akan menjadi tumpuan pada jam 6 petang.

Dagangan EUR/USD menunjukkan penurunan sepanjang minggu ini dari paras sekitar 1.12000 sehingga ke paras terendah harian semalam mencecah 1.11000 pada lewat sesi New York.

Bersambung dagangan hari ini, harga bergerak perlahan sekitar paras tersebut yang merupakan zon RBS (resistance become support) sebelum ini.

Penurunan harga yang diteruskan dilihat akan menuju ke paras sekitar 1.10700 yang merupakan zon support harga yang diuji pada dagangan Disember lalu.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga berkemungkinan akan melepasi garisan halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) sebelum menuju ke paras 1.11800 dan seterusnya ke paras ketinggian 1.12000 awal minggu.

Kenaikan lebih tinggi akan kembali menguji zon resistance pada dagangan Disember mencapai paras ketinggian di 1.12400.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat