EUR/USD Kembali Bergerak Menurun Selepas Catat 100 Pips Kenaikan Semalam

643

Penyusutan pada dagangan US dolar telah memberi ruang untuk matawang Euro mencatatkan pengukuhan semalam dengan momentum kenaikan harga yang meyakinkan pada carta pasangan EUR/USD.

Memulakan dagangan pada awal sesi Asia semalam, harga membuat penurunan ke paras sekitar 1.07830 namun gagal meneruskan penurunan ke paras lebih rendah dengan kenaikan harga mula menyusul.

Kenaikan diteruskan sehingga ke sesi pasaran New York mencapai sekitar 100 pips lebih tinggi ke paras ketinggian sekitar 1.08840 sebelum menutup dagangan lebih rendah semula sekitar 30 pips.

Kenaikan harga didorong oleh penyusutan US dolar menjelang data inflasi pada April yang lemah dan angka data yang dikeluarkan juga lebih rendah berbanding jangkaan.

Pelabur kini menantikan ucapan oleh Gabenor bank pusat, Jerome Powell dengan kebimbangan terhadap spekulasi untuk kadar faedah diturunkan ke paras negatif.

Euro pula bergerak lemah pada hari ini dengan tumpuan kepada data pengeluaran perindustrian zon Eropah yang dijangka mencatatkan bacaan yang merosot.

Harga bergerak mendatar dan perlahan sepanjang sesi Asia dan mula menunjukkan sedikit penurunan pada dagangan awal sesi Eropah hari ini.

Harga menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang juga merupakan berada di zon RBS (resistance become support) sekitar 1.08300.

Penurunan harga lebih rendah dilihat akan kembali menuju zon support sekitar 1.07300 selepas berjaya melepasi paras terendah harian semalam dan juga minggu lalu.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras halangan pada zon SBR (support become resistance) sekitar 1.09000 akan diuji sebelum harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat