EUR/USD Kembali Melonjak, Trend Kenaikan Harga Diteruskan

538

US dolar mengalami penyusutan lebih ketara pada dagangan sesi New York semalam selepas data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang diterbitkan mencatatkan bacaan 6.6 juta. Ini menjadikan minggu kedua berturut-turut bacaan data melepasi paras 6 juta.

Federal Reserve (Fed) turut mengumumkan pakej rangsangan tambahan bernilai $2.3 trilion untuk menyokong ekonomi.

US dolar telah bergerak lemah sepanjang sesi berbanding matawang utama yang lain demgan pergerakan harga dijangka perlahan pada hari ini berikutan kebanyakan bank utama ditutup bersempena ‘easter holiday’.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam mendatar sejak sesi Asia sehingga ke sesi Eropah sebelum harga melonjak lebih 100 pips pada sesi New York.

Harga bergerak tinggi didorong oleh penyusutan US dolar walaupun Euro masih goyah dengan perbincangan Menteri-menteri di zon Eropah untuk keputusan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi.

Harga pada carta EUR/USD pada sesi Asia hari ini bergerak mendatar pada zon SBR (support become resistance) di atas paras 1.0920.

Kenaikan lebih tinggi dari paras Moving Average 50 (MA50) dan mencatatkan paras ketinggian mingguan terbaru pada 1.09500 menambahkan isyarat trend bullish harga buat EUR/USD.

Harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju paras tumpuan pada 1.1000 dengan data inflasi Amerika Syarikat menjadi tumpuan malam ini.

Sebaliknya jika US dolar berjaya mengukuh pada penghujung dagangan minggu ini, harga berkemungkinan membuat penurunan menguji paras sokongan dinamik MA50 ataus zon RBS (resistance become support) pada 1.08400.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat