EUR/USD Lantun Sedikit Menjelang Minit FOMC

195

Krisis tenaga di Eropah yang berlarutan terus menjadi perhatian pelabur yang dilihat menjadi antara faktor utama menjejaskan pergerakan mata wang Euro dalam pasaran.

Terbaru, dilaporkan Jerman sedang merancang untuk menangguhkan penutupan 3 loji jana kuasa nuklear terakhir mereka susulan pengurangan saluran bekalan tenaga dari Rusia sehingga kapasiti 20% melalui saluran Nord Stream 1.

Justeru, Euro kekal didagangkan berisiko sehingga ke minggu ini ditambah pula terbitan data tinjauan sentimen ekonomi Eropah yang diterbitkan semalam dengan bacaan yang suram.

Walaupun Euro bergerak lemah di sesi Eropah semalam, namun berjaya mencatatkan peningkatan berbanding US dolar pada sesi New York didorong faktor penyusutan semula raja mata wang itu.

US dolar mula mengendurkan momentum pengukuhan awal minggu berkemungkinan pelabur dilihat mengambil langkah berjaga-jaga menjelang terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) serta minit mesyuarat FOMC yang akan menjadi tumpuan pada awal pagi Khamis.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya dilihat menyambung penurunan di sesi Eropah semalam mencecah ke paras sekitar 1.01200 sebelum pelabur menyaksikan lantunan semula harga di sesi berikutnya.

Harga catatkan kenaikan harian sekitar 70 pips ke paras 1.01900 sebelum mendatar di paras 1.01600 sehingga penghujung sesi New York.

Lonjakan harga yang dipamerkan walau bagaimanapun dilihat masih belum memberi petunjuk jelas untuk perubahan trend ekoran harga kekal berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Sekiranya kenaikan berlaku pada hari ini melepasi halangan MA50 tersebut, berkemungkinan harga boleh melonjak menuju semula ke paras 1.02400 untuk menguji rintangan tersebut.

Seterusnya untuk kenaikan lebih tinggi, paras 1.03000 pula akan menjadi tumpuan yang bakal dicapai.

Sebaliknya, jika harga menyambung pergerakan trend bearish, penurunan harga di bawah paras 1.01600 semula berkemungkinan akan mengatasi paras terendah harian dicecah semalam sebelum menuju ke paras 1.01000.

Penurunan lebih rendah yang dilanjutkan akan kembali mencetuskan jangkaan untuk harga jatuh semula ke zon support utama 1.0000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat