EUR/USD Lebih Cenderung Untuk ‘Menunduk’ Minggu Ini?

176

US dolar bergerak suram pada pembukaan pasaran awal minggu ini selepas mengakhiri dagangan minggu lalu dengan cemerlang mempamerkan pengukuhan semula.

Namun, pelabur tambah waspada untuk dagangan minggu ini yang menjadi pembukaan bagi bulan November dengan beberapa acara tumpuan terarah kepada mesyuarat FOMC dan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Pasaran kekal menjangkakan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk mesyuarat November.

Jangkaan untuk pengukuhan semula US dolar bakal memberi tekanan kembali kepada mata wang utama lain dalam pasaran terutamanya Euro yang telah pamerkan prestasi positif pada minggu lalu.

Euro gagal mengekalkan momentum pengukuhan sebelum ini selepas kenyataan suram oleh bank pusat pada mesyuarat polisi minggu lalu walaupun kenaikan kadar faedah telah dinaikkan.

Jika carta harga pasangan mata wang EUR/USD diteliti, harga telah memberi petunjuk untuk perubahan arah harga di penghujung minggu lalu ketika US dolar yang mula mengukuh selepas terbitan data pertumbuhan ekonomi AS.

Harga yang hampir mencapai paras ketinggian pada 1.01000 telah menjunam semula di bawah zon pariti 1.0000 sebelum berlegar perlahan di sekitar 0.99500 pada penutup sesi akhir minggu tersebut.

Pergerakan harga mendatar di sekitar 0.99500 itu memulakan dagangan pada pembukaan awal minggu ini, namun harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat kecenderungan harga untuk menyambung penurunan lebih rendah.

Sekiranya corak penurunan diteruskan, harga dilihat akan menuju ke sekitar 0.99000 menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lanjut harga meneruskan pergerakan trend bearish akan mendorong harga menjejak semula ke sekitar 0.98000 atau zon support pada 0.97000.

Sementara, jika berlaku lonjakan semula harga melepasi halangan MA50 dan juga paras pariti 1.0000, pelabur akan menilai sebagai isyarat untuk harga menyambung semula pergerakan trend bullish minggu sebelum ini.

Kenaikan harga akan diteruskan menuju rintangan 1.01000 yang gagal disentuh pada minggu lalu. Melepasi paras tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat