EUR/USD Lonjak 130 Pips, Catat Paras Ketinggian Terbaru 3 Minggu

126

Menepati jangkaan penganalisis, US dolar terus bergerak suram apabila ketara mengalami penyusutan nilai pada dagangan sesi New York semalam susulan terbitan bacaan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang menurun.

Campur tangan Jepun, bacaan data pertumbuhan ekonomi China yang baik dan bacaan data ekonomi AS yang suram menjadi antara faktor yang menekan US dolar ketika ini.

Justeru, kebanyakan mata wang utama lain memaparkan pemulihan memanfaatkan situasi penyusutan US dolar terutamanya Euro.

Penganalisis turut melihat potensi untuk Euro terus mengukuh menjelang mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) dengan jangkaan kenaikan kadar faedah agresif sebanyak 75 mata asas oleh bank pusat.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD dilihat meneruskan pergerakan trend bullish apabila lonjakan 130 pips pada sesi New York semalam telah melepasi rintangan zon 0.99000.

Ketinggian terbaru dicatatkan harga sekitar 0.99750 sebelum pergerakan harga mula perlahan dan mendatar di sekitar 0.99500 bersambung pada dagangan awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

Isyarat pergerakan bullish terus dinilai pelabur apabila paras Moving Average 50 (MA50) dilihat terus menyokong harga untuk melantun membuat kenaikan pada pergerakan di rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Oleh itu, harga dilihat cenderung untuk menyambung kenaikan lebih tinggi dengan sasaran terdekat untuk menguji zon pariti 1.0000.

Malah, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian terbaru 6 minggu juga kenaikan diteruskan dengan sasaran berikutnya adalah pada sekitar 1.01000.

Namun, jika harga mula berpatah arah dan membuat penurunan semula, sokongan awal harga dilihat pada zon 0.99000 dahulu sebelum reaksi harga dinilai untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.

Jika harga susut di bawah paras sokongan MA50, isyarat untuk perubahan trend bearish akan mendorong harga menuju semula ke zon-zon tumpuan sebelum ini sekitar 0.98000 dan 0.97000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat