EUR/USD Lonjak Hampir 500 Pips Minggu Lalu, Apa Seterusnya?

231

Mata wang Euro berjaya catatkan peningkatan ke paras tertinggi 13 minggu berbanding US dolar yang telah mengalami penyusutan ketara minggu lalu.

Kenapa US dolar gagal kekalkan pengukuhan selepas keputusan kenaikan kadar faedah 75 mata asas kali keempat berturut-turut pada mesyuarat FOMC terbaru?

Ini adalah berikutan bacaan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang suram dan juga data inflasi AS yang menurun pada terbitan yang terbaru.

Berikutan itu, pasaran telah menjangkakan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mula memperlahankan kenaikan kadar faedah untuk mesyuarat seterusnya pada Disember.

Namun, pelabur kekal berwaspada untuk perubahan arah buat US dolar semula ekoran sentimen pasaran yang masih berisiko boleh memberi kesan peningkatan semula US dolar.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD telah menyaksikan harga melonjak pada minggu lalu melepasi zon rintangan 1.01000.

Pada Jumaat, harga pamerkan kenaikan harian sekitar 200 pips melepasi rintangan 1.03000 dan akhirnya mencapai paras ketinggian terbaru di penghujung sesi sekitar 1.03600.

Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini dengan pergerakan perlahan, harga berlegar di atas zon 1.03000 dengan jangkaan kenaikan bakal diteruskan.

Untuk sasaran kenaikan lebih tinggi, paras 1.04000 dilihat bakal diuji untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 19 minggu, iaitu tertinggi sejak awal Julai lalu.

Seterusnya, kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke rintangan selanjutnya berada pada sekitar 1.05000.

Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga yang boleh berlaku, susut di bawah paras 1.03000 akan mendorong harga menuju semula sehingga 1.01000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Selepas isyarat perubahan trend bearish dinilai, barulah harga dijangka untuk menuju semula ke zon pariti 1.0000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat