EUR/USD Masih Gagal Tembus Paras $1.2000, Harga Susut Semula

453

Mata wang Euro menerima tekanan dalam pasaran berikutan pengukuhan semula US dolar pada sesi New York selepas lonjakan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) ke paras ketinggian terbaru melepasi 1.7%.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD susut semula dari paras ketinggian 1.19900 selepas pasaran menyaksikan lonjakan sebelumnya susulan mesyuarat FOMC.

Perkembangan di Eropah berkenaan vaksin AstraZeneca yang positif juga gagal untuk menyokong pengukuhan bagi mata wang Euro.

Berhubung kebimbangan kesan sampingan sebelum ini, Agensi perubatan Eropah telah memaklumkan bahawa vaksin AstraZeneca adalah selamat digunakan dan beberapa negara telah mengumumkan untuk meneruskan semula program vaksinasi selepas ditangguhkan sementara sebelum ini.

Masih gagal melepasi rintangan 1.20000, harga pada carta EUR/USD jatuh semula ke zon RBS (resistance become support) 1.19000 selepas ditekan oleh pengukuhan US dolar yang ketara pada sesi Eropah semalam.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga turut memberi isyarat untuk trend bearish semula.

Namun zon 1.19000 perlu ditembusi sebelum harga meneruskan penurunan lebih rendah dijangkakan sehingga ke paras support 1.18000.

Sekiranya harga berjaya bangkit melonjak semula, paras rintangan 1.20000 pada zon SBR (support become resistance) akan menjadi tumpuan harga untuk diuji.

Kenaikan lebih tinggi boleh mencapai sehingga ke zon tumpuan 1.20600-1.20900 semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat