EUR/USD Melonjak 100 Pips Selepas Gagal Tembusi Paras Support Minggu Lalu

1,304

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mempamerkan kenaikan berikutan penyusutan dagangan US dolar dalam sentimen pasaran yang semakin pulih.

Matawang Euro mendapat sokongan daripada kadar kes jangkitan COVID-19 dengan peningkatan yang perlahan namun angka kes di Itali dan Sepanyol masih di tahap membimbangkan.

US dolar terus bergerak lemah sejak semalam dan gagal mengekalkan pengukuhan dagangan sepanjang minggu lalu.

Harga yang gagal melepasi paras terendah minggu lalu pada dagangan semalam di paras 1.0770 telah mempamerkan kenaikan pada sesi Asia hari ini.

Harga yang bergerak di atas paras 1.0800 telah berjaya menembusi halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD memberi isyarat perubahan trend bullish harga.

Kenaikan harian hampir 100 pips setakat sesi Eropah hari ini menguji paras 1.0880 yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Turut menyokong dagangan Euro selepas data pengeluaran perindustrian Jerman yang diterbitkan pada jam 2 petang waktu tempatan adalah lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan walaupun lebih rendah berbanding bacaan sebelumnya.

Penyusutan US dolar yang berterusan akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga sehingga menuju ke paras 1.1000 menguji zon SBR tersebut.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula,paras 1.0800 di zin RBS (resistance become support) akan kembali menjadi tumpuan semula.

Seterusnya, harga akan cuba meneruskan penurunan lebih rendah melepasi paras terendah minggu lalu sebelum menuju paras sekitar 1.0740.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke zon support di paras 1.0650 yang diuji pada dagangan Mac lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat