EUR/USD Melonjak Dahulu Sebelum Terjun Semula 100 Pips!

166

Semakin menghampiri acara tumpuan pada minggu ini iaitu mesyuarat polisi bank pusat Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Khamis esok, pergerakan harga semakin tak menentu dengan perubahan turun naik nilai US dolar pada Selasa semalam.

Pada sesi Asia bersambung ke Eropah, US dolar didagangkan lemah susulan sentimen pasaran yang sedikit diredakan dengan berita pelonggaran sekatan di China selepas ‘lockdown’ yang dilaporkan sebelum itu.

Namun, US dolar kembali mengukuh semula pada sesi New York semalam susulan terbitan data ekonomi AS yang baik dan menyokong raja mata wang itu.

Tinjauan sektor pembuatan di AS menunjukkan angka bacaan berada di paras pengembangan untuk bulan Oktober, sementara data pembukaan tawaran pekerjaan memaparkan angka yang meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan untuk September lalu.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan peningkatan di sesi Asia semalam dari paras sokongan pada 0.98800 sehingga menyentuh ketinggian pada paras 0.99500.

Menjadi tumpuan, selepas harga menguji paras rintangan tersebut, harga telah menjunam semula ke bawah paras 0.98800 ketika menyambung dagangan sehingga ke penghujung sesi New York.

Peningkatan harga yang lemah dipamerkan pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini, namun kekal bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat pergerakan bearish.

Sekiranya corak penurunan harga masih diteruskan, harga berkemungkinan boleh susut sehingga ke sekitar 0.98000 dengan jangkaan bakal ada reaksi menarik harga di sekitar tersebut.

Penurunan lebih rendah seterusnya dilihat akan ke zon support harga pada 0.97000 yang sebelum ini telah berjaya melantunkan semula harga.

Sementara, untuk jangkaan kenaikan harga pula, melonjak dari paras 0.98800 dan melepasi halangan MA50 akan menjadikan isyarat awal untuk pelabur menjangkakan perubahan trend.

Kenaikan harga sekali lagi akan menguji rintangan 0.99500 sebelum melanjutkan pendakian menuju paras pariti 1.0000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat