EUR/USD Melonjak, Kemudian Menjunam, Lepas Tu Mendatar!

121

Pergerakan harga di pembukaan pasaran awal minggu agak bercampur dengan corak yang berbeza bagi tiga sesi berbeza khususnya buat US dolar.

US dolar menyambung penyusutan pada minggu lalu pada pembukaan sesi Asia pagi semalam, namun kembali paparkan pengukuhan semula di sesi Eropah sebelum bergerak mendatar pula di sesi New York.

Pelabur sedang memantau perkembangan pembukaan ekonomi di China sementara menilai data pertumbuhan ekonomi negara itu yang baru diterbitkan sebentar tadi.

Berdasarkan data yang diterbitkan, pertumbuhan ekonomi suku terakhir China adalah pada kadar yang sederhana baik walaupun sedikit menurun dari suku sebelumnya, berbanding ramalan yang lebih suram.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang pada mulanya melonjak di sesi Asia ke paras ketinggian 1.08700 kemudiannya menjunam semula 70 pips ke paras 1.08000 yang menjadi zon support semasa buat harga.

Pergerakan harga mendatar di sesi New York di atas zon tersebut, namun harga yang mula berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat awal untuk perubahan trend.

Sekiranya corak harga mula berubah, zon sokongan 1.08000 akan diuji dan berkemungkinan bakal ditembusi untuk harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Penurunan yang dilanjutkan dilihat akan menuju semula ke zon RBS (resistance become support) pada 1.07000.

Namun, pelabur masih menantikan faktor yang jelas untuk menyokong semula pengukuhan US dolar, jika tidak US dolar akan terus dijangka lemah menyambung pergerakan minggu lalu.

Jika kenaikan berlaku semula, paras ketinggian dicapai awal minggu semalam bakal dicabar untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 9 bulan.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah menguji zon 1.09000 sebelum menuju pula ketinggian tumpuan seterusnya iaitu pada 1.10000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat