EUR/USD Mendatar, NFP Pula Menjadi Tumpuan Minggu Ini

560

Raja matawang USD kekal mencatat pengukuhan di penutup dagangan minggu lalu ekoran kenyataan hawkish pada mesyuarat FOMC baru-baru ini yang lebih cenderung dalam membuat langkah tapering.

Namun menjadi tumpuan penting untuk minggu ini adalah laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat setelah data bulan Januari merekodkan bacaan suram berbanding jangkaan.

Dalam pada itu, pasaran juga dijangka menilai kepada prospek European Central Bank (ECB) sama ada bakal kekal dengan langkah dovish atau sebaliknya dalam mesyuarat yang bakal berlangsung pada Khamis.

Akan tetapi pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD nampaknya berlaku lonjakan ketika awal sesi New York (Jumaat) yang mungkin disebabkan aktiviti pengambilan untung (profit taking).

Walau bagaimanapun harga kembali bergerak secara perlahan ketika ingin menutup pasaran minggu lalu dan yang mana ia terus bersambung ke penghujung Januari dan juga awal sesi Asia hari ini (Isnin).

Pelabur turut berpendapat bahawa pergerakan harga mungkin bakal kekal pamer penurunan setelah harga masih bergerak di bawah paras rintangan Moving Average (MA50) untuk isyarat trend bearish.

Oleh itu, pelabur berkebarangkalian akan meletakkan sasaran terbaharu pada zon sokongan 1.11000 sebelum dijangka akan terus membuat penurunan menuju ke zon tumpuan berikutnya pada 1.10000.

Penurunan lebih drastik itu secara tidak langsung bakal mendorong harga pada carta EUR/USD untuk sekali lagi mencatat paras terendah yang terbaharu dalam tempoh 2 tahun sejak daripada Jun 2020.

Andai kata pergerakan harga kembali memaparkan aksi peningkatan, maka zon SBR (support become resistance) terdekat pada 1.12000 mungkin akan menjadi hala tuju pertama yang akan dicapai semula.

Peningkatan ketara akan diperlihatkan sekiranya harga berjaya menembusi zon SBR 1.12000 tersebut untuk terus melonjak ke zon selanjutnya 1.13000 dalam memberi isyarat awal kepada corak uptrend.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat