EUR/USD Mendatar, Pelabur Waspada Harga Gagal Sambung Lonjakan

285

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat mendatar pada pembukaan awal minggu semalam, gagal untuk meneruskan pergerakan trend bullish minggu lalu.

US dolar tidak menyambung penyusutan lanjut dan mendorong pelabur berwaspada mencerna faktor fundamental bank pusat dan juga sentimen pasaran yang mempengaruhi pergerakan harga.

Setelah tercetus semula jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan kenaikan kadar susulan bacaan data pekerjaan dan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang suram, komen oleh pegawai-pegawai Fed agak bercampur.

Selain itu, pasaran turut berhati-hati memantau perkembangan Covid-19 di China apabila laporan terbaru menunjukkan lonjakan lebih 5,000 kes dicatatkan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding hujung minggu.

Ini berkemungkinan boleh merencatkan tindakan pelonggaran sekatan oleh China dan boleh mencetuskan semula risiko terhadap ekonomi global.

Justeru, US dolar boleh mengukuh semula sekiranya sentimen pasaran cenderung ke arah risk-off.

Namun, harga pada carta EUR/USD dilihat masih lagi bergerak dalam trend bullish walaupun mendatar semalam, ekoran harga berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam.

Sekiranya harga menyambung kembali corak kenaikan minggu lalu, melepasi ketinggian dicapai penghujung minggu, harga dilihat akan menguji paras 1.04000 selain turut catatkan paras ketinggian terbaru.

Setelah itu, harga kemudiannya berpotensi untuk mencapai hingga paras 1.05000 untuk rekod tertinggi harga dalam tempoh 19 minggu.

Sebaliknya, jika harga mula bergerak susut di bawah 1.03000, paras 1.024000 pula akan diuji sebelum isyarat perubahan trend bearish akan dinilai dengan pergerakan di bawah paras MA50.

Penurunan lanjut harga yang diteruskan bakal menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.01000 yang menjadi zon tumpuan beberapa minggu kebelakangan ini.

Pelabur bakal memberi tumpuan pada data sentimen ekonomi Jerman di sesi Eropah dan data indeks harga pengeluar (PPI) AS pada sesi New York yang akan mempengaruhi kedua-dua mata wang US dolar dan Euro.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat