EUR/USD Mendatar Perlahan, Kenaikan Harga Sasar Kepada $1.0800

119

US dolar tidak menunjukkan pergerakan yang positif pada dagangan Rabu semalam berikutan pasaran di Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena cuti Juneteenth Day.

Mata wang utama lain dalam pasaran mengekalkan kelebihan berbanding pergerakan US dolar yang suram sejak awal minggu, namun pergerakan harga dilihat terhad.

Pasaran akan meneliti beberapa data-data ekonomi tumpuan di penghujung minggu yang dijangka akan kembali memacu pasaran mata wang semasa.

Mata wang Euro dilihat masih bergerak meningkat berbanding US dolar untuk mengekalkan corak kenaikan harga dari pembukaan awal minggu, namun risiko untuk perubahan trend kekal membuatkan pelabur berhati-hati.

Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat menunjukkan peningkatan perlahan namun terbantut di paras 1.07500.

Pergerakan harga masih di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menunjukkan isyarat kekal bullish.

Harga mendatar sekitar paras 1.07400 di sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan pelabur masih waspada memerhati sebarang petunjuk terbaru untuk memacu harga selanjutnya.

Untuk jangkaan jika kenaikan harga berlaku selepas ini, penganalisis menjangkakan harga untuk menuju ke zon tumpuan 1.08000.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya bakal mensasarkan zon rintangan pada 1.09000 pula.

Sebaliknya jika harga menunjukkan terjunan selepas ini, tumpuan awal harga adalah pada sekitar zon 1.07000 yang dilihat sebagai support terhampir.

Turun lebih rendah melepasi zon itu akan menyaksikan harga untuk catatkan paras terendah yang baru dengan sasaran pada 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat