EUR/USD Meningkat Semula Lepas Terjun 80 Pips

588

Seperti yang telah dijangkakan, pilihan raya Georgia menyebelahi parti Demokrat apabila kemenangan dicatatkan untuk kedua-dua kerusi yang dipertandingkan sekaligus lebih membuka laluan untuk pelaksanaan pakej rangsangan yang lebih besar.

US dolar sedikit meningkat pada dagangan Rabu setelah penurunan ke paras terendah hampir 3 tahun berikutan kemenangan Demokrat yang akan memberi sokongan terhadap bakal Presiden Joe Biden di Senat selepas ini.

Terdapat berita kurang baik yang mencemarkan acara pilihan raya apabila dilaporkan penyokong Donald Trump membuat rusuhan dan menyerang bangunan Capitol sehingga aktiviti Kongres terpaksa ditangguhkan sementara.

Situasi tegang tersebut dilihat antara menjadi faktor mengukuhkan US dolar pada sesi New York semalam sebelum kembali bergerak susut semula menuju ke sesi Asia hari ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah mencatatkan lonjakan 70 pips ke paras ketinggian terbaru mencecah 1.23500 ketika pasaran optimis parti Demokrat akan memenangi pilihan raya Georgia.

Namun pada sesi New York memaparkan penurunan semula harga ketika pengukuhan US dolar sehingga mencatatkan paras terendah harian pada sekitar 1.22700.

Walau bagaimanapun harga kembali pantul semula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang masih memberikan isyarat trend kekal bullish.

Minit mesyuarat FOMC pada awal pagi ini juga tidak memberi kesan ketara terhadap US dolar. Namun petunjuk dari minit masih memberi isyarat pelonggaran polisi di masa hadapan yang akan terus melemahkan US dolar.

Kenaikan harga melepasi semula paras 1.23000 sehingga bersambung pada sesi Asia hari ini. Namun pergerakan harga perlahan dan menunjukkan sedikit penurunan.

Zon RBS (resistance become support) pada 1.23000 akan menjadi paras sokongan harga sebelum kenaikan diteruskan semula.

Kenaikan yang berjaya diteruskan bakal melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Rabu sebelum mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak April 2018.

Namun jika penurunan berterusan harga di bawah paras 1.23000, harga bakal menguji zon RBS 1.22500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat