EUR/USD Meningkat Semula Untuk Menyambung Kenaikan

385

Pengukuhan awal US dolar di sesi Asia semalam pada pembukaan pasaran minggu ini gagal dikekalkan selepas mata wang tersebut kembali susut semula pada sesi Eropah.

Pasaran saham yang kembali meningkat dilihat memulihkan sentimen berisiko pasaran dan telah membuatkan dagangan US dolar kembali lemah semula.

Pelabur juga berwaspada menjelang data inflasi yang akan diterbitkan pada minggu ini yang akan menjadi tumpuan Federal Reserve (Fed) untuk menentukan polisi monetari.

Mata wang Euro bergerak positif di awal minggu selepas data jualan runcit Eropah diterbitkan meningkat semalam dengan tumpuan seterusnya akan terarah pada data tinjauan sentimen ekonomi Jerman dan zon Eropah pada hari ini.

Bacaan data yang baik akan meningkat dagangan Euro sementara US dolar masih bergerak lemah dalam pasaran.

Pada carta harga pasangan EUR/USD, penurunan harga ke paras sekitar 1.18700 di sesi Asia semalam kemudiannya telah meningkat semula pada sesi Eropah di atas paras 1.19000 sebelum mendatar di sesi New York di paras ketinggian 1.19200.

Paras tersebut masih belum mengatasi paras ketinggian minggu lalu dan harga dilihat susut semula pada sesi Asia pagi ini ke paras 1.19000.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) di sekitarnya juga diuji dan pelabur menantikan adakah harga akan melonjak semula atau jatuh lebih rendah?

Sekiranya harga berjaya melonjak semula, paras ketinggian terbaru dijangkakan pada minggu ini berkemungkinan ke paras sekitar 1.19600 sebelum menuju ke paras tumpuan 1.20000.

Sebaliknya jika harga menjunam lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 1.18000 dilihat akan menanti penurunan yang dibuat oleh harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat