EUR/USD Menjunam 130 Pips, Beri Isyarat Awal Perubahan Trend Menurun

629

Euro terus bergerak lemah pada dagangan yang menuju penghujung minggu berikutan penularan wabak pandemik di zon Eropah masih lagi membimbangkan.

Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah pada semalam telah mencatatkan kenaikan kes jangkitan harian tertinggi dalam tempoh hari sebanyak 2,866 kes dengan kematian terbaru dilaporkan meningkat 315 menjadikan keseluruhan korban di Jerman seramai 3,569 orang.

Bacaan akhir bagi inflasi di Jerman kekal seperti jangkaan 0.1% sementara indeks harga borong masih lagi lemah. Data pengeluaran perindustrian zon Eropah pada jam 5 petang ini akan terus mempengaruhi dagangan Euro.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam menunjukkan penurunan drastik harga sehingga 130 pips dengan dagangan US dolar yang kembali mengukuh dengan sentimen pasaran yang berisiko.

Penurunan harga yang mencecah paras sekitar 1.0855 kembali menunjukkan kenaikan sekitar 80 pips pada sesi New York semalam dengan pergerakan harga yang memberi reaksi terhadap data jualan runcit serta pengeluaran perindustrian Amerika Syarikat yang lemah.

Namun pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat kembali menyambung penurunan semula. Harga yang gagal turun lebih rendah ke paras terendah harian semalam mempamerkan kenaikan semula pada awal sesi Eropah.

Harga berkemungkinan akan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD sebelum menyambung semula penurunan.

Penurunan yang melepasi paras terendah semalam akan menuju ke zon RBS (resistance become support) sekitar 1.08400.

Penurunan lebih rendah seterusnya akan menuju paras support yang diuji pada awal April sekitar 1.0770.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan lebih tinggi, paras 1.09200 akan diuji sebelum harga memasuki zon SBR (support become resistance) dan menguji paras halangan MA50.

Kenaikan selanjutnya akan menuju ke paras ketinggian mingguan berhampiran 1.0990 sebelum harga meneruskan kenaikan ke paras penting 1.1000.

Data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat pada malam ini akan kembali menjadi tumpuan pelabur selepas merekodkan bacaan melebihi 6 juta untuk 2 minggu berturut-turut sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat