EUR/USD Menjunam Hari Ke-4, Ke Paras Terendah Terbaru 9 Minggu

428

Sentimen pasaran masih kekal tidak berubah menyaksikan pengukuhan berterusan US dolar dalam pasaran sementara matawang utama lain didagangkan menyusut.

Terdapat tanda-tanda ekonomi mula perlahan di Eropah dan juga Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan terhadap gelombang kedua Coronavirus yang kembali menyerang.

Matawang Euro terus menyusut dengan kebimbangan terhadap kes jangkitan yang meningkat di Eropah di samping data ekonomi melibatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan diterbitkan bercampur-campur.

Federal Reserve (Fed) juga turut memberi amaran bahawa ekonomi AS memerlukan tambahan sokongan fiskal dalam berdepan penularan terbaru pandemik.

Pada carta pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga kekal menyambung penurunan sehingga hari keempat berturut-turut selepas penurunan ketara harga bermula di awal minggu.

Trend kekal bearish dengan pergerakan harga masih di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga juga dipamerkan semalam, namun harga gagal melepasi zon SBR (support become resistance) 1.17200 sebelum menyambung penurunan semula.

Jangkaan penurunan harga untuk minggu ini berkemungkinan mencecah paras terendah sekitar zon support 1.16000.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan, zon SBR 1.17200 akan diuji semula. Kenaikan yang berjaya melepasi paras tersebut akan memberi isyarat awal perubahan trend bullish.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat