EUR/USD Menjunam Ke Paras Terendah 9 Minggu!

597

US dolar melonjak ke paras tertinggi 2 bulan berbanding mata wang Euro pada dagangan Selasa semalam selepas pelabur mula melihat unjuran ekonomi Amerika Syarikat (AS) bakal pulih lebih pantas berbanding Eropah daripada krisis pandemik Coronavirus.

Pandagangan optimis tersebut turut didukung oleh langkah Washington ke arah rangsangan perbelanjaan lebih besar sementara Eropah pula berdepan penutupan ekonomi dan unjuran penguncupan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Eropah untuk suku pertama tahun 2021.

Turut memberi tekanan adalah faktor penghantaran vaksin yang juga dilihat perlahan di Eropah berbeza berbanding negara lain seperti UK dengan kadar vaksinasi yang meningkat.

Sesi Eropah semalam jelas menyaksikan penurunan ketara harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menyambung croak penurunan di awal minggu.

Seperti yang dapat dilihat pada carta, harga yang menunjukkan kenaikan pada awalnya di sesi Asia gagal melepasi paras rintangan 1.20900 sebelum menjunam sehingga ke paras sekitar 1.20100 dengan lebih 70 pips penurunan harian dicatatkan.

Peningkatan semula harga dilihat pada penghujung sesi New York dan pergerakan harga perlahan pada awal sesi Asia pagi ini (Rabu).

Kenaikan harga dilihat akan ke paras rintangan terhampir sekitar 1.20550 sebelum menyambung semula corak penurunan harga. Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga akan diuji untuk petunjuk arah pergerakan harga.

Jika paras-paras tersebut gagal dilepasi, harga bakal menyambung penurunan lebih rendah sehingga ke paras support tumpuan 1.20000.

Namun jika harga berjaya melonjak lebih tinggi semula, paras rintangan pada 1.20900 akan diuji sekali lagi sebelum lonjakan lebih tinggi bakal mendorong kenaikan sehingga ke zon 1.21500 semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat