EUR/USD Menjunam Selepas Sentuh 1.20000, Trend Sudah Berubah?

842

Sesi New York semalam menunjukkan US dolar kembali mengukuh semula selepas bergerak lemah sejak minggu lalu.

Namun dengan sentimen yang masih tidak berubah, penganalisis sudah menjangkakan situasi tersebut di mana berlaku aktiviti pengambilan keuntungan (profit-taking) oleh para pelabur ke atas posisi terdahulu yang kebiasaannya berlaku pada penghujung bulan.

Seperti yang dipamerkan pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah berjaya meneruskan kenaikan sehingga mencapai paras jangkaan pada resistance 1.20000 untuk mencatatkan paras tertinggi sejak awal September.

Namun sebaik sahaja menyentuh paras tersebut, harga kembali menjunam sekitar 80 pips menutup dagangan sesi New York sekitar 1.19250.

Bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga boleh memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.

Namun, sentimen pasaran masih kekal menyokong kenaikan harga pada carta EUR/USD dengan jangkaan US dolar masih akan bergerak lemah yang dipengaruhi oleh faktor vaksin dan pelonggaran polisi di Amerika Syarikat (AS).

Harga dijangka akan membuat kenaikan semula menuju paras resistance 1.2000 dan pelabur akan menantikan reaksi harga pada zon tersebut sama ada mampukah harga melepasi ke paras lebih tinggi.

Jika penurunan harga terus berlaku, paras 1.19000 pada zon RBS (resistance become support) akan menjadi paras sokongan terhampir harga.

Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan mendorong harga turun sehingga ke paras tumpuan 1.18000 semula.

Pelabur akan turut memantau bacaan data ekonomi Eropah yang akan diterbitkan pada hari ini yang bakal mempengaruhi dagangan Euro.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat