EUR/USD Merangkak Perlahan Nantikan Mesyuarat ECB & FOMC

99

Pergerakan pasaran kewangan global pada pembukaan awal minggu semalam dilihat tidak menentu ekoran pelabur semakin berwaspada menantikan gelora yang bakal melanda sepanjang minggu ini.

Selain data inflasi dan pertumbuhan ekonomi, tumpuan utama akan terarah kepada mesyuarat bank-bank pusat melibatkan Federal Reserve (Fed), Swiss National Bank (SNB), Bank of England (BOE) dan juga European Central Bank (ECB) pada Khamis nanti.

US dolar gagal memberikan arah pergerakan yang jelas pada dagangan Isnin semalam apabila pada mulanya melemah di sesi Eropah sebelum kukuh semula di sesi New York.

Jika diperhatikan pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga masih bergerak dalam zon mendatar seperti pada penghujung minggu lalu.

Berlegar di atas zon 1.05000 di awal sesi Asia, harga kemudiannya memaparkan kenaikan sekitar 70 pips sebelum susut semula menuju 1.05000.

Penurunan harga tersebut kembali membuatkan harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang sebelumnya telah ditembusi.

Bersambung pada dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Selasa), terdapat kenaikan yang lemah dipamerkan untuk melihat harga menguji halangan MA50.

Untuk jangkaan kenaikan harga, masih lagi zon rintangan pada 1.0600 akan menjadi tumpuan yang masih lagi belum berjaya ditembusi sejak minggu lalu.

Jika berjaya tembusi pada minggu ini, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan dengan sasaran seterusnya untuk menuju sekitar 1.07000.

Namun jika penurunan pula yang berlaku, paras sokongan pada 1.05000 dahulu akan diuji sebelum memberikan isyarat untuk pergerakan trend bearish.

Penurunan lanjut yang diteruskan bakal mendorong harga untuk susut ke sekitar 1.04000 sebelum sasaran lebih rendah adalah ke zon 1.03000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat