EUR/USD Naik Menuju $1.0700, Boleh Ke Tembus Untuk Rekodkan Ketinggian Terbaru?

176

Pergerakan pasaran kewangan sehingga ke hari terakhir untuk dagangan minggu ini sebelum penutup dagangan 2022 masih lagi dilihat mendatar dan perlahan, seperti yang dijangkakan penganalisis.

Situasi ini sememangnya sudah dijangkakan lebih awal dengan kekurangan data-data ekonomi penting dan faktor-faktor dalam pasaran yang boleh menggerakkan harga.

Namun, US dolar menunjukkan sedikit penyusutan semalam berikutan kesan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan menepati ramalan angka yang meningkat.

Tetapi secara keseluruhannya, pergerakan harga pada carta-carta utama dilihat masih lagi dalam zon yang mendatar.

Meneliti pergerakan harga di carta pasangan mata wang EUR/USD, harga masih lagi bergerak di atas zon 1.06000 yang menjadi sokongan buat harga sejak minggu lepas.

Namun, ada corak kenaikan yang telah dipaparkan semalam menuju ke paras tumpuan 1.07000 yang merupakan zon rintangan buat harga.

Zon tersebut telah diuji ketika mesyuarat FOMC terakhir 2022 di pertengahan Disember lalu dan harga mencatatkan paras tertinggi 6 bulan.

Kenaikan harga semalam yang menuju zon 1.07000 walau bagaimanapun tidak berjaya menyentuh paras tersebut sebelum berundur semula dan menutup dagangan sesi New York sekitar 1.06600.

Pergerakan harga yang mula berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut memberi petanda awal untuk pergerakan bullish, namun harga perlu melepasi dahulu rintangan 1.07000.

Sekiranya berjaya melepasinya, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan dengan sasaran berikutnya adalah untuk menuju pula sekitar 1.08000.

Namun, jika penurunan harga kembali terjadi, paras sokongan pada 1.06000 akan terus diuji dan pastinya akan menampilkan reaksi menarik harga.

Jika harga tembus lebih rendah, pelabur akan menilai sebagai isyarat perubahan trend bearish sebelum harga dijangka akan menuju ke zon tumpuan pada 1.05000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat