EUR/USD Pacak Lagi, Tapi Kali Ni Boleh Ke Tembus $1.0100?

174

Penyusutan US dolar berterusan ke pertengahan minggu sementara tumpuan terarah pada acara pilihan raya Kongres di Amerika Syarikat (AS) yang bermula semalam. Keputusan dijangka akan diketahui dalam masa beberapa hari.

Dengan tempias kemerosotan laporan pekerjaan NFP minggu lalu, penganalisis juga melihat pemain pasaran mengambil kesempatan untuk pengambilan untung (profit-taking) ketika ini dengan jangkaan US dolar masih berpotensi untuk bangkit semula untuk tempoh dagangan yang lebih panjang ke hadapan.

Namun, penggubal polisi AS yang melihat keperluan untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah yang agresif sebelum ini menambahkan luka buat US dolar. Tumpuan akan beralih pada terbitan data inflasi AS pada Khamis pula.

Euro pula mengekalkan rentak pengukuhan dari awal minggu yang turut disokong oleh kenaikan pada hasil bon Jerman.

Namun, penganalisis memberi amaran untuk Euro kembali mengalami penyusutan ekoran kebimbangan terhadap krisis tenaga di Eropah kian meningkat semula.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat mengekalkan pergerakan trend bullish sejak lonjakan yang berlaku pada Jumaat lalu kesan reaksi laporan pekerjaan NFP.

Kenaikan harga pada sesi New York Selasa semalam telah kembali mencapai semula paras ketinggian yang dicapai pada minggu terakhir Oktober lalu iaitu hampir di sekitar 1.01000.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan diteruskan untuk melepasi rintangan 1.01000-1.01600 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan dijangka boleh mencapai sehingga ke paras ketinggian 1.03000 jika US dolar terus alami penyusutan.

Sebaliknya, harga boleh berubah arah semula jika rintangan pada 1.01000 sekali lagi tetap gagal ditembusi.

Penurunan harga akan kembali menguji zon pariti 1.0000 dan jika gagal menahan harga dari jatuh lebih rendah, penurunan akan diteruskan untuk menuju sekitar 0.99000.

Selepas isyarat perubahan trend, harga dijangka boleh susut sehingga kembali semula ke sekitar 0.98000 atau ke zon support 0.97000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat