EUR/USD Pamer Kenaikan Semula Selepas 70 Pips Penurunan Pada Dagangan Awal Minggu

437

Pelabur dijangka akan kembali memberi fokus pada dagangan hari ini berikutan bank-bank utama masih lagi bercuti semalam dengan pergerakan harga perlahan di samping kecairan yang rendah mendorong ketidaktentuan dalam dagangan.

US dolar masih lagi diniagakan lemah dengan sentimen dagangan minggu lalu  dengan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat akan menjadi perhatian lagi pada minggu ini.

Kes jangkitan virus di Amerika Syarikat masih lagi di tahap yang tinggi namun Presiden Donald Trump telah menyatakan bahawa mereka semakin hampir untuk membuka semula ekonomi dalam masa yang terdekat ini.

Sementara matawang Euro pula gagal manfaatkan peluang untuk mengukuh pada awal minggu walaupun US dolar bergerak lemah.

Kes jangkitan virus di zon Eropah terutama di Sepanyol dan Itali adalah tertinggi selepas Amerika Syarikat namun persetujuan dalam perbincangan untuk melaksanakan pakej rangsangan bernilai €540 bilion pada minggu lalu telah meningkatkan keyakinan pelabur.

Pergerakan harga bagi kedua-dua matawang utama tersebut pada carta EUR/USD dilihat bergerak mendatar sejak Jumaat lalu dan semalam di zon SBR (support become resistance) di bawah paras sekitar 1.09500.

Pada dagangan semalam, harga telah cuba membuat kenaikan pada awal sesi Eropah melepasi ketinggian 1.09600, namun harga kembali membuat penurunan  semula sekitar 70 pips di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50).

Pergerakan harga mendatar di sesi New York semalam sebelum dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini telah mempamerkan kenaikan semula melepasi MA50.

Harga masih lagi mencari arah pergerakan yang lebih jelas untuk dagangan hari ini sementara bergerak di zon tumpuan 1.09500-1.09200.

Jika harga meneruskan trend kenaikan pada minggu sebelumnya, harga bakal menuju paras tumpuan pada 1.1000.

Kenaikan lebih tinggi bakal melihatkan lonjakan harga menuju zon resistance di bawah paras 1.11400 yang menjadi paras ketinggian diuji pada penghujung Mac lalu.

Namun jika harga kembali pamer penurunan, paras terendah harian semalam sekitar 1.0900 akan diuji untuk harga teruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju zon RBS sekitar 1.08400 yang menjadi paras sokongan harga pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat