EUR/USD Pamer Tanda-Tanda Penurunan, Dah Boleh Start ‘Sell’ Ke?

2,075

Pergerakan harga bagi dagangan matawang US dolar masih lemah namun mula menunjukkan pemulihan menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

Di samping itu juga, laporan data pekerjaan NFP untuk bulan Mei yang diterbitkan pada Jumaat lalu turut mengejutkan pasaran dengan lonjakan pada pertambahan pekerjaan mencapai angka 2.5 juta. Kadar pengangguran juga semakin menurun walaupun masih mencatatkan peratusan dua angka.

Ketegangan hubungan antara US-China juga masih dipantau pelabur dengan isu rang undang-undang yang akan ditandatangani oleh Presiden Donald Trump akan terus menghangatkan dua ekonomi gergasi dunia tersebut.

Sementara matawang Euro dilihat gagal mengekalkan pengukuhan setelah ECB mengumumkan tambahan pakej rangsangan ekonomi bernilai €600 bilion pada minggu lalu.

Memberi tekanan terhadap Euro apabila data pengeluaran perindustrian di Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah menyusut ke rekod paras terendah berikutan impak pandemik Coronavirus.

Dan kesannya dapat dilihat pada pergerakan harga pasangan matawang EUR/USD. Harga telah bergerak mendatar di bawah paras 1.13100 minggu ini selepas mencapai paras tertinggi 3 bulan mencapai 1.13800 pada Jumaat lalu.

Pada minggu ini harga yang gagal membuat kenaikan melepasi paras 1.13100 dan juga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD, berkemungkinan memberi isyarat awal perubahan trend bearish.

Jika penurunan diteruskan, harga dilihat akan kembali menuju ke zon RBS (resistance become support) di sekitar paras 1.12000.

Penurunan lebih rendah pula akan menuju paras tumpuan pada zon RBS seterusnya sekitar 1.11000.

Namun jika harga kembali menyambung semula kenaikan sebelum ini, kenaikan boleh mencapai paras 1.14100 selepas melepasi paras ketinggian pada Jumaat lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat