EUR/USD Papar Isyarat Bearish Lebih Jelas, Penurunan Bakal Diteruskan Menjelang NFP?

284

Semakin hampir laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) bakal diterbitkan pada penghujung minggu ini, semakin US dolar memaparkan pengukuhannya.

Terus memberi isyarat risiko pada sentimen pasaran apabila pasaran saham menunjukkan kemerosotan serta hasil bon pula meningkat.

US dolar sebagai mata wang safe-haven terus mengukuhkan kedudukannya dalam sentimen pasaran risk-off di samping bacaan data tinjauan pembuatan AS yang diterbitkan di sesi New York semalam mencatatkan angka bacaan meningkat.

Ini telah membuatkan US dolar berjaya mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk Euro.

Euro gagal untuk menyerlah walaupun terdapat jangkaan untuk bank pusat Eropah (ECB) akan melaksanakan kenaikan kadar faedah yang boleh menyokong pengukuhan mata wang Eropah itu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah memaparkan penurunan harian sekitar 100 pips dengan pengukuhan ketara US dolar terus membenam Euro.

Pelabur melihat isyarat lebih jelas untuk trend bullish harga selepas harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penurunan ke paras terendah untuk minggu ini semalam telah mencecah sekitar paras 1.06300 sebelum harga mendatar di sekitar tersebut sehingga ke penghujung sesi New York.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan pasaran hari ini untuk harga menguji pula zon RBS (resistance become support) pada 1.06000.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan melepasi zon tersebut, harga berkemungkinan akan kembali menuju ke zon-zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.05000 atau sehingga 1.04000.

Sebaliknya jika harga mula berubah arah dan membuat kenaikan, rintangan pada 1.07000 bakal diuji dan melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat untuk harga bergerak dalam trend bullish semula.

Kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan mensasarkan semula pada 1.08000 untuk menguji zon rintangan tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat