EUR/USD Papar Penurunan Harian 70 Pips, Perubahan Trend Bearish?

872

Menuju dagangan ke penghujung minggu, sentimen pasaran kembali berubah ke arah lebih berisiko dengan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan Coronavirus terutama di Amerika Syarikat (AS).

Florida dilaporkan menjadi lokasi pusat penularan pandemik terbaru dan kes jangkitan turut merebak ke Texas, Arizona dan negeri di sekitar.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengeluarkan unjuran ekonomi global yang semakin buruk untuk tahun 2020. Pertumbuhan ekonomi global dijangkakan menyusut kepada 4.9% berbanding penguncupan 3.9% sebelum ini.

US dolar mula didagangkan kukuh pada sesi pasaran New York semalam ekoran permintaan terhadap matawang safe-haven itu kembali meningkat.

Manakala Euro bergerak lemah berbanding US dolar selepas turut ditekan oleh ancaman tarif Amerika Syarikat terhadap Eropah yang kembali meningkatkan ketegangan hubungan dagang mereka.

Dilaporkan AS sedang mempertimbangkan tarif tambahan terbaru terhadap produk barangan dari UK, Perancis, Sepanyol dan Jerman yang bernilai $3.1 bilion USD.

Oleh itu, dapat dilihat US dolar kembali menekan Euro dengan penurunan harga yang dipamerkan pada carta pasangan matawang EUR/USD.

Bergerak mendatar pada sesi Asia semalam, harga mula menunjukkan tanda-tanda penurunan pada sesi Eropah dengan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan diteruskan pada sesi New York sehingga ke paras sekitar 1.12500, menguji semula zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum pergerakan harga perlahan pada sesi Asia pagi ini.

Selepas mencatatkan penurunan harian sekitar 70 pips, dengan jangkaan perubahan trend bearish harga dilihat akan membuat penurunan menuju zon support di bawah paras 1.12000.

Momentum penurunan yang dikekalkan boleh mendorong harga mencecah sehingga ke paras 1.11000.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula melepasi halangan MA50 dan paras penting 1.13000, kenaikan harga akan menguji paras ketinggian mingguan pada rintangan 1.13500 yang juga merupakan zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula zon resistance di sekitar paras 1.14000 yang masih gagal ditembusi sejak Mac lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat