EUR/USD Rekod Kenaikan Harian 100 Pips Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

993

Dalam pengukuhan yang dipamerkan oleh US dolar ketika sentimen pasaran berisiko disebabkan ketegangan antara Amerika Syarikat (A.S) dan China, US dolar walau bagaimanpun kembali bergerak lemah pada sesi pasaran New York semalam.

Ini adalah didorong oleh data ekonomi A.S yang diterbitkan lemah terutamanya penurunan pada data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) A.S untuk suku tahun pertama berbanding bacaan awal bulan lalu.

Sementara data tuntutan pengangguran A.S minggu lalu masih kekal tinggi dengan angka 2.1 juta dicatatkan walaupun lebih rendah berbanding bacaan sebelumnya. Hampir 41 juta tuntutan direkodkan untuk 2 setengah bulan.

Dengan penyusutan US dolar tersebut telah kembali memberi ruang untuk dagangan Euro meneruskan semula kenaikan yang dipaparkan pada carta harga EUR/USD semalam.

Untuk hari ketiga berturut-turut, EUR/USD telah mencatatkan kenaikan harian sekitar 100 pips ekoran pengukuhan Euro yang disokong oleh sentimen positif dana pemulihan coronavirus yang diperuntukkan untuk negara-negara Eropah bernilai €750 bilion.

Dengan itu, harga yang berjaya menembusi paras halangan 1.1000 pada minggu ini dilihat masih meneruskan kenaikan ke paras ketinggian terbaru dengan paras tertinggi dicapai pada 1.10940 di penghujung sesi New York.

Sesi Asia pada pagi ini melihatkan pergerakan mendatar harga di sekitar paras ketinggian tersebut dan dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk menutup dagangan minggu ini.

Kenaikan harga dilihat berkemungkinan akan menuju paras resistance pada 1.11200 atau meneruskan kenaikan lebih tinggi jika Euro kekal bergerak kukuh.

Sementara jika harga kembali membuat penurunan semula, paras utama yang menjadi destinasi tumpuan harga adalah pada 1.1000 yang menjadi zon RBS (resistance become support).

Tumpuan akan terarah pada data-data ekonomi zon Eropah pada petang ini khususnya data inflasi yang akan mempengaruhi pergerakan matawang Euro.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat